KRISIS POLITIK : MAHU KE MANA PARTI WARISAN SABAH ?
P olemik politik negara melibatkan blok kerajaan, Perikatan Nasional (PN), blok UMNO-Zahid Hamidi dan blok pembangkang yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) serta sekumpulan parti-parti kecil seperti parti Warisan Sabah (Warisan), parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) telah mencetuskan ketidakstabilan politik negara terus memuncak. Disebalik desakan pembangkang yang mahukan Dewan Rakyat mengadakan persidangan untuk membincang perkara-perkara berkaitan pandemik covid-19, keadaan telah bertukar kepada gerakan untuk menjatuhkan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tidak ketinggalan ialah Presiden parti Warisan dan kumpulannya, Mohd Shafie Apdal yang nampaknya lantang mengecam tindak tanduk kerajaan PN. Pendirian Warisan bersama kumpulannya terdiri PSB, Upko dan MUDA ialah menolak tujuh tawaran Muhyiddin untuk meredakan bahang perebutan kuasa di neg